[VIDEO] Cara Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Umur 4 Bulan Buat Netizen Tertarik. Comelnya!

loading...
gambar sekadar hiasan

Bermacam cara dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan dan asuhan yang terbaik. Maka tidak hairanlah taska atau nurseri turut menyediakan kelas bagi bayi seawal usia setahun atau lebih muda.

Angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mempunyai pendekatan sendiri dalam mengajar bayi kembarnya yang baru berusia empat bulan! Perkongsiannya di Instagram mendapat perhatian netizen yang tertarik dengan caranya itu.

loading...

Di usia 4 bulan, kami menukar flashcard titik hitam & putih dan nombor kepada flashcard perkataan bersaiz besar warna merah. Topik yang digunakan termasuklah negara, bendera, haiwan mamalia dan sebagainya. Bagi minggu ini saya pilih topik warna untuk anak-anak ini.

loading...

Bukan soal mereka untuk memahami perkataan tersebut akan tetapi bagi meninggalkan kesan memori bagi membantu mereka mengenalpasti perkataan berkenaan di masa depan. Kami amalkan cara ini kepada kakak-kakak mereka dan Bella boleh mula membaca ketika berusia 3 tahun manakala Tasha pada umur 3 tahun setengah.

Saya tunjukkan flashcard cepat-cepat sebab mereka mempunyai tempoh perhatian yang pendek. Apa yang lebih penting mereka boleh fokus dan teruja melihat flashcard berkenaan.

Praktikkan cara ini dua kali sehari selama seminggu dan tukar topik setiap minggu kerana mereka mudah bosan.

 

SUMBER

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*